Tuesday 3 September 2013

PROJEK PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER

Salam 1 Malaysia

Baru-baru ini pihak sekolah telah menerima satu surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu & Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan dengan PROJEK PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER. Alhamdulillah, memandangkan makmal komputer SKAJ sudah lama menyepi, kini pihak kementerian telah membekalkan sebanyak 20 buah komputer pelajar dan 1 buah komputer guru.

Kementerian telah melantik Syarikat Bitara Unduk Sdn. Bhd. bagi projek pembekalan peralatan ICT Makmal Komputer dengan menggunakan VDI Thin Client  bagi anggaran 1,250 buah sekolah di seluruh negara.

Proses pemasangan sedang giat dijalankan oleh juruteknik-juruteknik yang berpengalaman.






Lepas nie pelbagai aktiviti akan diadakan bagi menceriakan makmal komputer... :)



-ADMIN-

Tuesday 2 July 2013

Menceriakan Sekolah fasa 2 2013

Kerajinan guru-guru, pekerja swasta dan ajk pibg membuatkan sekolah ini semakin berseri..ada sahaja aktiviti untuk menceriakan sekolah. Alhamdulillah, diharap hasil kerja anda semua di berkati olehNya. Baru-baru ini pihak sekolah sekali lagi mengadakan gotong royong menceriakan pagar sekolah. hampir semua guru, pekerja swasta dan ajk pibg melibatkan diri dalam aktiviti ini.












semakin berseri la SKAJ lepas nie... :)

PROGRAM NILAM



"NILAM" atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid.

Sekolah juga mengambil peluang ini untuk meningkatkan minat membaca dalam diri pelajar. Dengan kerjasama Perpustakaan Awam, bas perpustakaan bergerak akan datang ke sekolah pada hari yang ditentukan. Pelajar boleh meminjam buku dengan perpustakaan bergerak.





Friday 17 May 2013

TEMA HARI GURU 2013 (STICKY ENTRY)

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1 AGENDA Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Sunday 14 April 2013

Kem Jati Cemerlang 2013

APRIL
Kem Jati Cemerlang 2013 telah diadakan selama 3 hari 2 malam pada 4.4.2013 - 6.4.2013. Seramai 48 orang peserta yang terlibat,ia terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6. Kem ini diadakan di SK Ayer Jerneh. Tujuan utama kem ini diadakan adalah ingin memupuk semangat setiap pelajar.




Klik Sini untuk gambar yang lebih banyak....

Monday 1 April 2013

Kempen Anti Jenayah & Watikah Pelantikan SKAJ 2013

FEBRUARI

Program Kempen Anti Jenayah ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarat dan pelajar untuk mengelak dan menjauhi jenayah seperti meragut, merompak, buli gengsterisme dan lain-lain.

Watikah Pelantikan 2013 telah melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong ketua Kelas.

Kedua-dua majlis ini dilaksanakan oleh Ketua Balai, Balai Polis Ayer Jerneh, Kemaman Terengganu.

untuk gambar yang sepenuhnya, KLIK SINI

klik logo di atas untuk ke laman web rasmi PDRM

 

Maulidur Rasul

Walaupun majlis ini dah lama diadakan, tapi admin blog baru terima gambar, maaf la ye.. Seperti biasa, jika majlis maulidur rasul terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan keagamaan. seperti ceramah, pertandingan mewarna, dan bacaan selawat.


untuk gambar yang sepenuhnya KLIK SINI..!!!

Friday 22 March 2013

Hari Kesihatan SKAJ 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

21 Mac 2013 - Sekolah telah mengadakan satu hari "Hari Kesihatan SKAJ". Tujuan utama Hari Kesihatan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengwarwarkan tentang pentingnya menjaga kesihatan diri kita. Ramai agensi dan pihak yang terlibat antaranya ialah:
  • Klinik Kesihatan Kemasek
  • Klinik Desa Ayer Jerneh
  • PIBG Sekolah
  • Guru-guru dan kakitangan
 Pada hari berkenaan pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya adalah:

  • Senamerobik
  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
  • Kuiz
  • Ceramah kesihatan
  • Pameran kesihatan
  • Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA
Alhamdulillah, sambutan yang agak memberangsangkan dari pihak ibubapa/penjaga.. Pemeriksaan saringan juga diadakan pada hari berkenaan antaranya, pemeriksaan tekanan darah, ujian pap smear, pemeriksaan kanser payusara dan pelbagai lagi.







Pihak sekolah berharap agar semua dapat menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan kesihatan berkala demi menjaga masa depan anda semua. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Kesihatan ini...

untuk gambar yang lebih menarik, sila KLIK SINI

Klik logo di bawah untuk ke laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Klik logo di bawah untuk ke laman web rasmi Hospital Kemaman

Tarian Asyik Petronas Peringkat Pantai Timur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tarian merupakan pergerakan anggota badan mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan...-wikipedia.org

Itulah istilah TARIAN, di Malaysia terdapat beberapa jenis tarian antaranya adalah:
  • Tarian Mak Yong
  • Tarian Zapin
  • Tarian Gamelan
  • Tarian Sumazau
  • Tarian Naga
  • Tarian Kipas
  • Tarian Bharata Natyam
  • Tarian Iban dan sebagainya
Sekolah kami tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam mempelajari tarian yang ada di Malaysia ini, Baru-baru ini sekolah kami telah menunjukkan bakat dalam Tarian Asyik Petronas Peringkat Pantai Timur yang diadakan di Awana Kijal, Kemaman Terengganu. Dengan lemah gemalai ia telah memukau semua orang yang berada dalam dewan tersebut. Syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian, tidak lupa juga kepada tenaga pengajar iaitu guru-guru SKAJ terutamanya. Penat lelah kalian dibalas dengan hasil yang teramat memberangsangkan... TERIMA KASIH...

 
Sesi Latihan diadakan di sekolah



 Good Luck Gemalai Group..!!!


untuk melihat gambar yang lain sila KLIK SINI


Thursday 21 March 2013

SKAJ Tiang "Seri"

SKAJ 9 MAC 2013
Walaupun hari sabtu, tapi semangat bekerjasama tetap membara...:) aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menceriakan kawasan sekolah. "TIANG SERI" itu menjadi tema untuk menghias tiang dewan. 1 tiang mewakitli 1 @ 2 orang guru dan kakitangan. Yang bekeluarga bawa keluarga, yang tak bawa keluarga ada yang menolong.

Kreatif dan ceria...bertemakan bulat, warna warni menghiasi tiang SKAJ...

untuk gambar yang penuh sila KLIK SINI

Monday 18 March 2013

Hari Kempen Benci Dadah Berdama AADK Deareh Kemaman

SKAJ - 23 Jan 2013
Kempen Benci dadah 2013 peringkat SK Ayer Jerneh berjaya dilangsungkan pada 23 Januari 2013, bertempat di dewan Gemilang SKAJ. Seramai 172 orang pelajar dan 22 orang guru dan kakitangan mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

   Majlis diserahkan kepada penceramah dari AADK Daerah Kemaman iaitu Penyelia Kanan Penguatkuasa AADK Daerah Kemaman. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan supaya warga sekolah lebih peka akan ancaman najis dadah yang boleh merosakkan masa depan pelajar

   Kajian menunjukkan bahawa umur pelajar menagih dadah telah menurun kepada umur 13 tahun. Lebih membimbangkan lagi, dadah sintetik semakin berleluasa, antaranya ialah syabu, pil kuda, eastacy dan eramin 5 yang kesemuanya boleh membawa kerosakkan otak yang kekal.

   Maka pihak sekolah perlu menggerakkan usaha bagi melaksanakan kempen dengan lebih bersungguh-sungguh. Oleh itu, sekolah disarankan supaya merancang aktiviti dengan lebih menyeluruh supaya mampu membangkitkan kesedaran pelajar dan membina modal insan yang cemerlang.

   Sepanjang kempen itu, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ceramah antidadah oleh AADK daerah Kemaman, Pameran antidadah dan juga pertandingan mewarna.

   Akhir sekali, pihak sekolah berharap semoga pelajar dan warga SKAJ dapat menghayati matlamat kempen ini. Tahniah juga kepada semua guru dan warga SKAJ dalam menjayakan kempen tersebut.

klik logo di atas untuk ke Laman Web Rasmi AADK


Sedikit gambar sepanjang kempen berkenaan...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...