Tuesday 26 February 2013

Mini Gotong Royong

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


JANUARI- Awal tahun 2013, semua pelajar dan warga SKAJ telah mengadakan aktiviti Mini Gotong Royong. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan sekolah selepas musim tengkujuh yang melanda pantai timur baru-baru ini. Alhamdulillah sekolah kami terselamat dari bencana tersebut.

Usaha yang dijalankan ini adalah bertujuan membangkitkan semangat para pelajar dan warga sekolah untuk memulakan tahun baru dengan suasana yang selesa. Selain itu, ia dapat mengajar erti tolong menolong, bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain.

Diharap aktiviti ini dapat dijalankan pada setiap tahun dan juga dapat di contohi oleh sekolah-sekolah yang lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...